Followers

Sunday, May 1, 2011

kiSah CIKGU AKMAM JAFFAR

assalamualaikum

memandangkn x kurang dari sebulan aku akan bergelar  jadi cikgu semula..maka terasa gatal2 tangan,bukan gatal sebab nak dapat duit tapi gatal sebab nak type kat belog yang x seberapa ni...

al kisah
......................................................................................................
setahun yang lepas......

tanganku seram seram sejuk sebab esok dah kene lapor diri kat sekolah.sekejap sejuk sekejap panas memandangkan aku tengah iron baju.sambil2 tu aku mesej sorang member ni..
"akak rasa takut la esok nak pergi sekola..camne ni nak bergaul ngn cikgu2 yang lagi tua.."

member tu pun cakap"aik,bukan akak jenis tegur semua orang ke?apa nak segan.."
haishh,yang aku tegur tu orang2..bukan orang betul pun..sebab tu tak malu..

aku pun teruskan meng'iron 3 pasang baju kurung sebab takut esok2 umah aku x de karen.
bila dah sampai baju ke tiga aku hentikanlah keje mengarut tu, manalah taw kut hari ke 4 x de karen.so maknanye boleh la aku buat alasan x nak pegi sekolah kat mak aku.

ok semua dah lengkap!!..malam tu tido pun x lena,sebab memikirkan esok aku dah nak jadi CIKGU AKMAM.lena tak lena tapi tetap cukup 6 jam(bukan waktu tidur baby)
.....................................................................................................................
paginya..
"mam..bangun...sembahyang..."
macam biasa..rutin harian bapak aku kejutkan aku adik beradik bangun subuh.lepas tu sorang2 terkedek2 amik air sembahyang sebab nak jemaah sama2.
kalau sebelum ni diorang geram je tengok aku liat giler nak bangun,tapi hari ni aku rasa nak piat2 je telinga diorang.menjerit suara batinku "adoi,cepatlah mam nak pegi sekolah ni!!!"

tersangatla takut kalau terlambat pergi sekola..
ada sekali abah sakit perut pepagi subuh..adeh..risaunya aku abah sakit perut nanti lambat g sekola,nasib baik abah bagi lampu hijau soh semayang sorang2 dulu...

lepas sembahyang diorang pun sambung tidor dengan senyuman lebar sampai ke tulang belakang.
sedangkan aku???..pegi mandi,siap2...

"mak..Ooo mama..tolong pkaikan mam tag nama ni"..panggilan aku kat mak memang selalu berubah,sampai mak pun lupa ape nama glemer dia dlm rumah ku syurgaku itu.

mak pun pakaikan la..(adaptasi dari gaya jaya bachan pakaikan tie pada amitabh belacan)

cucuk punya cucuk.."adoi!!...atetla..."..mak tercucuk jarum d kulit ku...its ok..bukan salah mak,tapi salah kulitku,sape suruh ko nipis sangat..rasakan!!

"dah...pergi sarapan..mak dah buat air milo tu.."
Gulp!!!!...dah 3 tahun aku tinggalkan tabiat minum air panas pepagi buta.akhirnya sejarah hitam berulang kembali.bukan apa,asal aku minum air panas pagi2 akan membuatkan aku rasa nak melabur..itulah yang terjadi tiap2 hari masa aku sekolah dulu..tapi aku tahankan je sebab mak dah buat air,kenelah minum jugak.
nasib baik haritu aku x sakit perut.perut tu pun dah lupa yang dia kene sakit perut lepas minum air panas,agaknya sebab dah lama perut x pergi sekolah.

"nah duit belanja"abah hulur duit 10 henggit..macam masa aku sekolah dulu la cuma nilainya lebih ganteng.
aku pun senyum2 .."kalau setiap hari 10 hengget baik aku keje je kat skola..banyak untung ni"
"ni untuk 3 hari..."ok fine..aku terpedaya di pagi hari rupanya...pandai abah kenekan aku.

dah siap sarapan..salam mak,salam abah..abah tolong startkan enjin motor..memandangkan x de orang nk hantar aku pergi sekola,so aku merempitla sorang2 pegi sekola.
...................................................................................................................
prenGgggggggg...prenGggggggggg...preGggggggggggggggggggg...(bunyi motor la,x kan x cam kot)

dengan gaya minah rempit,aku pun potong lah budak2 sekola kat tngah jalan tu...
haaaa...ape ingat aku cikgu aku x boleh potong orang...nak suruh aku kerat 18 pun boleh..haha

sampai2 je sekola tangan aku makin sejuk..ni kalau pegang tangan aku dengan tangan mayat pun kompom korang x ley beza..2x pucat lesi.
aku salam sorang cikgu.."kenapa tangan awak sejuk sangat ni?"
aku pun jawab dengan ayunya"saya bawak moto tadi ..tu yang sejuk"(cara terbaik nak cover line)
aku pun teruskan pegi ke ofis sekola nak lapor diri.cikgu sekola tu baik2,memandangkan ex student dia pun baik2 (aku la tu)..
Cikgu GPK yang sambut aku..dia mintak aku pergi perhimpunan.
.......................................................................................................................
aku dengan muka x malunya naik la ke stage.masa tu semua cikgu duk sengih2  kat aku.ada yang mcm kenai,ada yang x kenal,ada yang buat2 x kenal,ada yang buat2 kenal.
aku duduk tengah2 antara cikgu2 sebab nak mesrakan diri.
"perkenalkan kita ada sorang cikgu baru,Cikgu maizatul akmam dari UUM.."boleh pulak cikgu GPK tu kenalkan aku kat perhimpunan...cissss..tergezut berok aku!
aku pun bangunlah dari tempat duduk sambil buat muka perempuan melayu terakhir.

dan2 dapat mesej dari ex cikgu aku dulu merangkap skandal dulu masa kat sekola,ceh!!aku x bersalah..budak2 ni yang selalu gosip aku dengan cikgu tu..ape2 pun aku sangat2 hormat cikgu ni sebagai cikgu.."hai,dah jadi cikgu ye awak sekarang mai.."..tapi aku lupa nak balas mesej beliau.
.............................................................................................................................
hari pertama aku lepak2 kat bilik pengetua.pengetua aku sangat cool..tapi banyak betul dia interbiu aku,kalah polis inspektor shahab.(shahab nama sejenis stesen bus popular di aloq staq)
"awak dulu aktif kat skola??ada masuk persatuan ape2??ada msuk pertandingan ke??"

"saya dulu aktif cikgu,bola baling wakil sekolah..kuiz sejarah peringkat negeri,kuiz prinsip akaun peringkat negeri..saya dulu PRS,Koop pun saya ada jaga dulu..."
nak x nak time ni memang kene promot diri,amik kau! semua aku cerita..bagi pengetua rasa bahagia je dengar,baru nanti rasa bahagia je nak terima aku.sebab aku taw dah,dia pun ada cakap yang dia mcm x berapa gemar cikgu2 yang pasif ni.

masuk je bilik guru aku dapat 1 meja, dengan perasaan rendah dirinya(padahal aku antara paling tggi dlm bilik guru tu) aku kenalkan diri kat cikgu2...salam cikgu2 aku dulu...
cikgu2 ramai jugak yang memang dah kenal masa skolah,so x de masalah sangat nak soh diorang kenang semula saat2 indah kita bersama masa zaman aku sekolah dulu.

aku jadi cikgu paling muda kat sekolah time tu...dengan Umur 21 tahun segan rasenya nak bergaul dengan mereka yang umur 40 tahun.

hari pertama cikgu BM aku dulu belanja aku makan..hehe..mula2 memang aku tolak pelawaan dia tu,malu la kan..tapi last2...amik kau!!.laju je aku makan

..........................................................................................................................
HARi-Hari seterusnya berjalan seperti biasa...

cuma kali ni aku kene relief kelas.
yahooooo!!!!sangat bez dapat relief kelas!!..sekurang2nya xde la aku duk tercongok2 buat2 bz kat bilik guru tu.

antara hobi aku kat bilik guru adalah tangkap gambar kat laptop...
hasilnya...terimalah!!!!!!









gambar pasport

aku jenis suka berborak,maknanya bolehla aku borak2 dengan anak2 murid..budak kecik pun budak kecik la..asalkan ada kawan nak bercerita dongeng...ada jugak orang aku boleh kelentong.

aku doa sangat2 x dapat kelas form 6..bayangkan diorang umur 19 tahun,aku pulak umur 21 tahun.kompom2 la kene buli nanti...x mau den!!


nasib dapat kelas form 4...
masuk je kelas..."pEWwwwittttt!!!!!!!"ada suara sumbang dari luar kelas.
tu yang aku mula2 dapat....kuang asam betul!..ada ke ptut ngorat cikgu sendiri..sabor je la

semua budak tersengih2...
"assalamualaikum...hari ni cikgu akan gantikan cikgu kamu yang....bla...bla..bla...sakit nak bersalin....bla..bla..bla..x dtg sebab kucing beranak dpt anak kembar..bla...bla..bla..."

paling x boleh blah bila diorang kenen2kan aku dengan abang diorang.
"cikgu amik la abang dia cikgu..ensem,sesuai dengan cikgu....percayalah cakap saya cikgu.."
ye memang aku percaya,aku percaya yang aku memang rase nak piat2 je pipi budak tu..

"cikgu..cikgu kenai x cikgu tuuuuuuuuuttttttttt..kiteorang x sukelah.."
x kurang jugak yang kaki mengumpat..dengan aku2 sekali korang ajak buat dosa kering ae!..g main jauh2 sana!

"cikgu..cikgu amik la cikgu tuuuuuuuutt...dia x de awek lagi tu..cikgu tu baik..sesuai dengan cikgu,cikgu kan x de pakwe lagi kan..."
ni lagi sorang nak makan kaki aku ni..

time datang sekola kene tulis nama dgn waktu masuk pejabat kat buku log.macam tu jugak masa balek sekolah...ntah pukul berapa aku main tibai je..tapi yang penting still x menipu sangat la..kuikui..biasalah,cikgu ROS ni xde orang heran sangat.

time balek,aku la orang pertama yang kemas2 meja cepat2..bukan apa, x baik kita melewat2kan perkara baik ni. bunyi je kriiiiinnnnnnnnnnnnggggggggg...haha..horeeyyy!!!
kalah budak2 sekola aku punye hepy tu....
.......................................................................................................................................
ada la dekat 10x aku relief kelas...
aku x suka sangat masuk kelas pandai2 ni sebab diorang pendiam.
better masuk kelas hujung sebab dapat tengok camne kerenah student2 sekarang..even nama kelas hujung tapi diorang sangat baik dengan cikgu....

cuma bila time ada yang degil sikit..amik kau!!!
taw la muka aku ni ayu je x ganas..x de sorang pun yang takut dengan aku!
asal aku marah je.."cikgu jangan marah la cikgu...nanti cikgu ketawa.."..cis!!macam taw2 je habit aku ketawa lepas marah.terus x jadi nak marah.

ada sekali tu...
"cikgu nak awak semua buat homework ni sekarang..lepas ni hantar kat cikgu..."
"yang awak ni kenapa x buat???"

budak tu dengan slumber badak nya jawab.."cikgu jangan kacaula, x nampak ke saya tengah sibok ni.."
ye memang aku nampak,aku nampak budak ni tengah sibok main BINGO...
............................................................................................................
keluar2 kelas je...'PeWWWwiit!!!"
balek sekolah pun..."peWWiiitttt!!"
x makan saman betullah budak2 ni...

tapi yang bagusnya...time aku jalan je....
"assalamualaikum cikgu...."
jalan sikit je
"assalamualaikum cikgu....."

penat jugak nak menjawab ni ha..tapi jawab je la,dapat gak pahala free...

ada jugak yang style betul2 hormat cikgu..
nampak aku jalan je...terus dia salam,siap beratur lagi bawak geng...macam beratur nak beli tiket wayang.
..................................................................................................................

bermulanya kat situ..asal aku keluar pegi pekan je...akan terserempak dengan budak2 ni..
dari jauh lagi dah tersengih2...."cikgu!!!!"..diorang pun salam..

ada yang keje part time hari sabtu tolong family dia...
"cikgu!!!...singgah la beli buah...."

jalan kat pasar pun ,ada la budak2 tegur..."hai cikgu...."

erkkkk..x macam segan pulak...aku cikgu ROS je pun...lepas 3 minggu aku blah la dari sekolah.
......................................................................................................................
makcik2 kepoh kat kampung pun apa lagi....
"anak kau dah jadi cikgu ke yah??"..(perkenalkan nama gelemor mak aku - YAH)

cikgu2 kat sekolah pun x kurang ada yang berbangga sambil kembang kuncup hidung bila nampak anak murid diorang dah jadi cikgu.
ada  jugak cikgu2 yang murah hati belanja aku makan lagi.malu dowhhh..tapi disebabkan aku memang baik dengan cikgu lelaki tu....sambar je la!! 2x kot dia belanja...murah rezeki aku..

nak pulak time makan ramai2 dengan cikgu2kat situ,ada la sorang cikgu bujang ni pakai baju sama kaler dengan aku....cikgu2 laki kat situ pun sakanlah duk kenen2kan aku aku dengan cikgu bujang tu...
haishhh...ingtkan budak2 je yang suke jadi ejen cari jodoh,rupe2nya cikgu2 pun sama...layan je la...merah muka ku..ewaahhhhh.....
masa hari guru

....................................................................................................................
seronok2 jugak...laporan kene siapkan...
setebal2 alam tu aku buat..nasib baik lah banyak copy paste je..haha

semakin lama semakin sayang pulak kat budak2..budak2 ye bukan bapak budak..
makin lama makin sayang pulak kat sekolah..sekolah ye bukan pak gad sekolah..

tapi apa kan daya..tiada jodoh kita...
ku tinggalkan sekolah..dengan perasaan yang sedey(sambil lap air mata darah)

ku tinggalkan budak2 sekolah itu....(sambil lompat..hip..hip..horeyyyyy)

sampai sekarang ada yang panggil cikgu akmam even aku dah kembali ke uum menjadi student semula...aku anggap itu sebagai doa dari mereka.

semoga sekolah aku terus maju.....semoga budak2 yang nakal itu berjaya ,semoga yang "Pewwwiiit" tu dah x usha mana2 cikgu praktikal lagi lepas ni...kut dia tersalah usha,nak pulak bini orang x ke naya..
comel kan budak ni..at last baru aku taw dia ni sedara aku


................................................................................................................
 pada 26 MEI 2011 insyaAllah.....back to school!!!
hopefully dapat jd cikgu yang sporting abis tapi dalam masa yang sama dapat jadi cikgu yang betui2 mendidik anak bangsa...bukan merosakkan anak bangsa

mungkin sekarang ni aku macam senget sikit...x nampak tokoh jadi cikgu lagi..
tapi i'll try my bez to change myself...step by step....daripada sorang budak senget kepada the real CIKGU AKMAM!!...hehe...aminnn....

dulu cita2 nak jadi akauntan x dapat, nak jadi doktor x dapat, nak jadi inspektor polis pun x dapat apetah lagi nak jadi perdana menteri....x pe la x dapat semua tu,tapi harap2 dapatlah aku hasilkan mereka2 yang bergelar doktor,hakim,lawyer majisteret....ala kasim....kasimmm!!!

mungkin dulu masa ROS aku agak main2...


TAPI LEPAS NI AKU NAK JADI SERIUS....sebab aku cikgu praktikum bukan lagi cikgu ROS!

sekian........

14 comments:

  1. tudiaaa panjang nya karangan cikgu !
    hehe

    btw tahniah jadi cikgu ^^

    ReplyDelete
  2. haha...biasa la ceq...kenangan seumoq hidup tu

    ReplyDelete
  3. amy plk yg berdebar... hahahahaha.. like like... lagi 2 sem aimi pulak... hehe

    ReplyDelete
  4. panjang bebenor post....gud luck

    ReplyDelete
  5. strawhatLuffy:haha...its ok, x pe belom jd cikgu lagi....coming soon


    amy:haishhh..lamabt lg tu..rilek luuuh

    Firus:hehe..cerita untuk 3 minggu..tu yg pnjang tu

    ReplyDelete
  6. jangan lupe tgok crite aku yang bakal menyusul tak lame lagi..hehehehe

    ReplyDelete
  7. wokey bebeh..cepat2 type...x sabor den nak bc ni haa....

    ReplyDelete
  8. mak ai. tak buleh pnjg lagi ka kak ? haha

    ReplyDelete
  9. boleh2..nnti ipa tolong sambung cerita akak ae

    ReplyDelete
  10. pergh... tibe2 lak sy yg ase xsabar nie.. hahahahaa

    ReplyDelete
  11. sabaq ceq..sabaq..awk tu ada 2 sem lagi..hehe

    ReplyDelete