Followers

Monday, May 16, 2011

tidak mengaPa

assalamualaikum...




TIDAK MENGAPA..
ayat ni nmpk simple tense tapi mempunyai makna yang besar...what a big meaning of TIDAK MENGAPA!
TIDAK MENGAPA tu agak skema bunyinya,layak untuk orang2 macam pengetua sekolah je..
memandangkan aku ni cume baru nak dinaiktaraf jadi cikgu sekolah,so kita pakai bahasa yang x skema ye murid-murid...TAK APE!

*TAK APE la muka aku gelap terbakar macam buntut kuali,asalkan hati aku baik.

*TAK APE la awek aku curang tinggalkan aku sebab jumpe laki lagi ensem,macho,bergaya...mungkin nanti aku akan jumpa orang yang lebih baik dari dia.

*TAK APE la pakwe aku main kayu 18 kat belakang aku,x kisah la kayu golf ke kayu kayan ke..baik kantoi sekarang daripada kantoi lepas akad nikah nanti, x ke naya

*TAK PE la orang kata muka aku penuh jerawat,kulit berlobang2 macam lopak air..mungkin dengan ni tak de laki yang tergoda tangkap leleh tengok aku...tak de la aku kene layan diorang,kurang sikit maksiat.

*TAK PE la result exam aku terok giler tahap gaban berbanding dengan kawan2 aku yang lain,padahal makan,belajar,tido,mandi semua sama2....mungkin aku kurang berusaha dan TUhan nak suruh aku lagi banyak berdoa.

*TAK PE la aku tak dapat tawaran masuk U...U stand for Universiti..not Ungka or Ungkup...
ala,tak semestinya orang masuk U je boleh berjaya...ramai lagi orang yang tak abis SPM pun boleh berjaya.

*TAK PE la arini aku kene charge mahal kat makanan even tiap2 ari aku amik benda yang sama,tapi disebabkan arini pak cik cashier tu gadoh perang teluk dengan bini dia..x pasal2 sesuki ati dia je naikkan harga..tak pe pak cik tak pe,kali ni saya maafkan pak cik.

*TAK PE la arini ada orang tertumpahkan air mendidih atas peha aku sampai merah2 menyala kulit gebuku ini,mungkin dia x sengaja...

*TAK PE la aku kene tipu hidup2 dengan orang jual tiket,rase nak tarik2 je janggut kambeng mamat tu...tapi tak pe,mungkin satu hari nanti dia akan sedar sendiri betapa kejinya keje tipu orang ni.

*TAK PE dah 7 ari 7 malam berturut2 menapak kat kaunter tiket bus tapi tiket  asik sold out je...mungkin kalau aku naik bus tu maybe aku xsampai umah..sampai entah semak mana ntah.

 *TAK PE la orang kata aku tak cun,dah la x cun,gemok gedempol pulak tu..beli baju pun size ala2 size tong gas...mungkin dengan gemok ni la aku akan terselamat dari lelaki2 yang bernafsu binatang.

*TAK PE la aku dah seratus kali test jpj x lepas2,sampai jpj tu pun dah naik hapal jumlah taik lalat kat muka aku..mungkin belom ada rezeki lagi.

*TAK PE la arini aku tolong orang even sampai aku sendiri termenderita...insyaAllah TUHAN akan balas kebaikan ke atas aku.

*TAK PE la bila time bercakap asik aku je nak mengalah,asik aku je kene tolak ansur..mungkin dengan ni aku boleh elakkan pergaduhan.

*TAK PE la tiap kali mengandung je mesti aku bayang muke siti nurhaliza,tapi asal beranak je aku dapat anak muke macam norlia ghani....its ok,bukan ikut muka orang lain,ikut muka aku jugak...mungkin ada hikmahnye,senang nak tunjuk bukti nanti muka serupa kut2 anak aku x ngaku aku ni mak dia ke.

*TAK PE la tiap2 ari aku asik kene marah je sampai tersembur2 air liur orang yang marah tu kat muke aku..mungkin baru lepas mati laki kut.

*TAK PE la kawan2 buat silap sikit.setakat terkutuk,terkeji,tercubit,tertendang tu perkara biasa..biasala,semua orang buat silap.

TAK APE... TAK APE...cuba perhatikan betul2...ungkapan TAK APE ni boleh melatih kita menjadi seorang yang pemaaf,dan mungkin juga seorang yang bersyukur dan seterusnya redha dengan setiap ketentuan.
nampak macam small matter,hal kecik je...tapi cuba diselidiki betul2....

tapi words TAK APE ni cume terhad pada benda2 @ perkara2 yang telah kita usahakan..cuma mungkin tak ade rezeki je..

bila kita sebut je TAK APE,kita akan cuba memaafkan orang lain dan seterusnya melupakan setiap perkara buruk yang baru terjadi..dalam makna kata lain tak perlu jadi orang yang terlalu sensitif!!


kenapa la kita perlu jadi orang yang terlalu sensitif???cuba bayangkan kalau semua orang terlalu berkira dengan setiap benda yang dia ada,setiap jwatan yang dia ada.. x ke huru hara dunia ni?

bila kita maafkan orang lain bukan bermakna kita ni lemah orangnye,tapi sebaliknya menampakkan yang kita ni tersangatla hebat sebab berjaya mengawal nfsu amarah tu..

kita selalu marah bila kawan2 kita buat silap...rase macam nak maki2 je kawan tu..
kita selalu angin satu badan bila kawan kita buat kesalahan kecik je..tapi memandangkan ego kita lebih besar daripada silap kawan tu,maka kita pun nak melenting satu badan.
kita selalu marah bila kawan2 tersilap cakap sikit,padahal selama ni x kira pulak betapa banyak kita dah sakitkan hati orang..

semuanya kita marah...kita hanya fikir marah kita...tapi macam mana jika???


bila kita buat silap......Tuhan yang marah...


jadilah manusia yang tidak terlalu berkira dengan orang...tidak terlalu ego dan sentiasa nak betul je..
sesekali perlu jugak bertolak ansur...
buangkan segala unsur2 api dalam badan tu..semaikan unsur2 kasih sayang sesama manusia...

bila kita terlalu berkira dengan orang...nak ke kita bila TUHAN berkira dengan kita????..
fikir2kan.....perkataan TAK MENGAPA ni la yang akan jadikan hidup kita hepy je 24jam..tak perlu fikir nak  kecik hati dengan siapa,nak masam muka dengan siapa....mudahkan???????

"SEMAKIN BANYAK KITA TOLONG ORANG,SEMAKIN ALLAH MEMPERCEPATKAN LALUAN TITIAN SIRAT kita....insyaALLAH.."

sekian......nukilan ikhlas akmam jaffar

No comments:

Post a Comment