Followers

Thursday, January 26, 2012

Selamat Pengantin Baru duhai sahabat

assalamualaikum

Tanggal 22 Januari 2012..tarikh keramat buat sahabat ku, che nur izzati Bdullah.
Alhamdulillah beliau telah pun selamat diijabkabulkan dan selamat menjadi isteri orang.

 Peeeewwwwiitt!!

Lepas ni tak boleh la join kanak2 rebina macam kiteorang. Nak keluar berjalan pun kena mintak izin suami dulu. Nak main tuju selipar pun kene lebih hati2. Takut kiteorang terbaling selipar kat zati, tak pasal2 kepala benjol.Dah jadi buruk pulak bini orang.

Haaaaa..zati dah melangkah ke satu alam yang berbeza. Tahniah..tahniah!!

Honestly kiteorang selaku anak2 bujang ni merasa sangat jeles. Bila tengok member sendiri atas pelamin, dengan senyum2 kambengnye. Rase macam nak lompat naik pelamin gak.wuwu
sweet kan??

Bez kot bila ada tukang amik gambar, tukang pegang payung, tukang kipas, tukang lap peluh, tukang mekup, tukang betulkan tudung, tukang rumah..erkkkk..ok yang tu bukan.

Masa nikah, aku selaku jurugambar pun rase berdebar. Apetah lagi zati selaku pengantin perempuan, mesti rase nak gugur jantung. Tapi yang kurang seronok nye majlis nikah tu ramai2. Ada 3 pasangan, so macam tak taw nak fokus yang mana 1. Dengan ramainye orang, sesak kot! macam ada pertunjukan dari tok kadi pulak kan.

Pape pun semua dah selesai, alhamdulillah dengan sekali lafaz je. Antara 3 pengantin ni, suara Sham (ehem2 zati) yang paling kuat. Maybe dah biasa jerit dalam kelas kot, cikgu la katakan. Suami isteri cikgu,perghh..memang sesuai ko nyah.

Seminggu kiteorang duduk kat kelantan, boleh tahan lama lah sampai tak ingat nak balek rumah.
Tak pernah pulak kiteorang terpikir selama ni nak buat barang hantaran sendiri, selama ni juz tengok mak2 je yang buat. Tetiba kali ni kene buat sendiri...aiyak!!...memang pelik la jadinye,kih3

Dalam seminggu tu sempat jugak la pegi jalan-jalan cari pasal kat Rantau Panjang.Niat hati nak pergi mundok dekat siam tu. Tapi nak buat macam mana, time kiteorang nak pergi dan2 polis buat kawalan ketat.cit!!! nak kene buat borderpass segala bagai pulak, aku ada pasport je.
rantau panjang, memang betul2 panjang kedai2 kat sini. tengok nama la kan.
Zati beruntung sangat2 sebab jadi menantu pilihan mentua, bercinta pun lepas kahwin. So batas2 pun terjaga, maksiat hati pun totally dapat dielakkan, kawan2 1 kos majoriti semua datang..Perghhh!!..insyaAllah perkahwinan penuh keberkatan.
boleh roboh pelamin ni dibuat nye.
Thanks a lot buat Dato' Mustapha Mohamed coz bg kiteorang menginap area banglo beliau...Siap guna mesin basuh. buat air segala bagai.
Dato yang pakai baju merah mak ngah tu..peaccee!!
geng mak jemah

Akhir kata, kami semua doakan semoga zati dan suami berbahagia hingga ke akhir hayat. Make sure time konvo nanti aku dah boleh timang anak sedara ye!..kihkih

Tuesday, January 17, 2012

mereka itu sem akhir

assalamualaikum...

Jam 5 pagi.....

krreeekkkk..krruuukk...kreeekkkk..

bukan bunyi pintu terkuak macam dalam cerita2 hantu yang karut semata-mata, tapi bunyi tulang temulang aku yang masih lagi berbaki sakitnya. Urat2 hijau seperti berebut ingin tersembul keluar, manakala tendon pula bergesel2 manja di sebalik kulit aku yang masih belum berkedut ini.

Arrgghhhh...sakitnye! penangan main skating sampai x ingat dunia. Sakit giler.Dah 3 hari tak hilang2.
Memandangkan 14hb lepas aku dan kawan2 se'edu akaun' ku dah abis exam. Maka kami membuat keputusan untuk keluar berjimba atas ajakan faiz hakiki yang dah lama sangat teringin nak skating.(thanks sebab sapot keta)

Skating ni ada banyak jenis, bukan ice skating je. Yang kiteorang main ni roller blade.
Dah kali ke 4 aku main benda alah ni. Dulu kecik2 tak terpikir pulak nak main, dah tua bangka level mak2 ni la baru keinginan tu datang.
Disebabkan lambatnye proses pembelajaran tu, maka sikit2 gedebak..gedebuk...gedebak...gedebuk...macam durian busuk aku jatuh. Nak2 pulak aku memang jenis tak malu kalau betul2 nak belajar satu2 benda tu. Lantak la orang nak kata ape, yang penting aku nak cepat pandai.
kira dah boleh berlagak sikit la sebab boleh berdiri tak jatuh
Tapi atleast aku pandai sikit la kalau nak compare dengan member2 lelaki yang lain except kiki..hua3
dan compare dengan acah & pija.(type sambil kembangkan hidung).

Lepas skating main bowling, bowling aku seri dengan yaya...naib johan.
Sape johan kiteorang paksa belanja air.yes! dapat jugak twister botol besar.

Yang tak boleh blah..before balek kiteorang singgah menara alor star yang seciput je ketinggiannye.
Ni semua wan punye pasal sebab dia dah sem last. So nak buat kenangan terindah sebelum berangkat dari kedah ni dia pun ajak la kiteorang pergi menara tu.

Bayaran for adult is rm6, tapi jangan main terus bayar je. Cek dulu sama ada korang boleh dapat discount price.

Sape2 student yang nak pergi make sure you all bawak student card. Nanti dapat diskaun rm2. Atau nak lebih murah buat2 la kene sawan tenuk supaya korang boleh diklasifikasikan sebagai OKU , dapatlah diskaun rm3.
Atau yang rase muka dah berkedut seribu maka boleh lah menyamar sebagai warga emas.Rm3 jugak.

Daripada menara ni maka boleh lah kita skodeng dari dekat kawasan area alor star. Aku sempat jugak la skodeng swimming pool yang dekat2 dengan KFC.
niat nak tengok anak bulan, tapi tertengok anak orang pulak
 Dari atas memang nampak dekat, kereta yang banyak kat tengah jalan raya tu pun nampak macam kereta mainan keciknye. Rase macam nak kutip satu2 then susun secara bertimpa2.erkk..motip????????
Tak payah banyak cerita..tengok gambar je la ye.Tadaa!!



Pape pun memang sangat2 hepy even juz jelajah alor star yang dah dari sem 1 jadi tempat lalu lalang aku tu.
Mungkin ni la kali terakhir aku keluar dengan kawan2 bernama wan rambai & jb.
Dan ini lah kali pertamanye aku keluar dengan junior aku yang bernama yaya & ladi. Erkk, sori la yaya sebab dari awal asik kene usik dengan akak2 senior ni, biasa la tu yaya ooiii.. tak de gurau tak bez la hidup ni.kan..kan??
erkk..aku tanye soalan macam la gambar ni boleh bercakap

Kepada wan & jb.Lepas ni dah tak jumpa except time konvo nantilah insyaAllah. Semoga korang bahagia lepas ni dengan hidup masing2. Jangan lupa kiteorang kat UUM ni ye. wuwu.

Sekian

Sunday, January 15, 2012

Tamat sem 7

Alhamdulillah....

Sem 7 telah pun menutup tirainya. Kesimpulannya sem ni paling bez , paling meletop, paling hepy, paling bahagia!!

Banyak kot benda2 bez yang berlaku sem ni. Sem ni aku pergi macam2 tempat, jumpa macam2 orang, dapat pengalaman baru, dapat ramai kawan baru..Segala2nya lancar,alhamdulillah...Allah permudahkan segala2nya..

Bermula dari masalah datang sekelepuk masa awal2 sem, ni semua program punye pasal.Tapi dun weri, Allah selalu tolong...cuma kena selalu fikir..all is well.. all is well...all is well..everything will be ok..insyaAllah..that's the spirit!!! dan akhirnya dapat jugak aku jejakkan kaki di bumi Australia....fuuhhh..memang satu benda yang aku boleh senyum lebar sampai ke tulang belakang bila boleh pergi Aussie masa zaman belajar setelah penat tulang 4 keringat kami mengusahakannya dan tentulah dengan izin Allah.
haaaa..bila2 free aku nak pot pet pot pet pasal program a.k.a percutian aku ni la


sem ni jugak la kiteorang enjoy sakan buat program kat terengganu. Siap dapat family angkat lagi..erkk, ok fine..nama mak dengan ayah angkat aku pun aku dah lupa..adoi!
kat sini lan paling muda sebab dia sorang je sem 3.Yang lain semua dh kerepot.

sem ni jugak la lagi sekali aku terjebak dengan dunia intsructor aerobik..3 kali kot untuk sem ni!
erkk..semoga lepas2 ni aku dah tak terjebak lagi...semoga Allah tolong aku laksanakan niat ni..wuwu. Tiap kali aku nak berubah mesti ada yang menghalang...sob..sob..tak pe, tak pe..yang penting niat tu ada..kihkih
ok, aerodance actually
banyak lagi la..kalau nak cerita memang x cukup space. memang 3 ari 3 malam la aku kene menaip,aku tak pe la memang suka membebel.Takut orang yang nak baca je pening.

Tapi apa yang pasti,alhamdulillah.setakat ni kat mana je aku pergi. Kat mana je aku jejak biasannya aku akan rase yang bez je,hepy je memanjang. Semoga senyuman manis di wajah ku akan sentiasa terukir,ok fine sape rase nak muntah dipersilakan.

Aku dapat rumet yang sangat2 baik. Budak sem 5,errkkk!!..ok fine,lupa pulak beliau tu junior.Rugi aku x buli dia suruh basuh cadar katil aku 5jam sekali.Adoi!

Dan baru2 ni..aku agak terharu yang amat sekali bila sorang dari junior aku tiba2 muncul depan pintu bagi bungkusan berisi kotak yang berisi kek sambil wish birthday..aduh, kalau member2 tu biasa la kan.Tapi bila junior yang bagi,rase sebak pulak ..agagaga

Nampaknye lepas ni blog aku akan terpaksa selalu diupdate sebab kebarangkalian untuk bosan tu sangat tinggi!..exam dah abis, cuma tinggal waktu je nk fly ke kelantan for my friend's wedding.Ha,amik ko..member punya pasal sanggup delay masa balek rumah sendiri. Because of what??Cause i really luv my friends...lots of love.

Sekian