Followers

Wednesday, February 15, 2012

OPICK - karyawan hebat

Bismillahirrahmanirrahim

Jikalau anda merupakan peminat nasyid sudah semestinya nama Opick pernah bermain2 di gegendang telinga anda.
Tapi kalau tak pernah dengar,sila angkat tangan kanan anda sambil menampar2 muka sendiri sebanyak 18kali. Ini bermakna anda belum boleh diikitiraf sebagai peminat nasyid yang tegar...kih3

Tiba2 hari ni terdetik hati nak menulis tentang beliau sambil mempromosi lagu2 beliau yang indah2 sekali alunan muzik dan liriknya. Subhanallah...aku sangat kagum dengan hasil kerja hamba Allah ni.

Opick atau nama sebenarnya Aunur Rofiq Lil Firdaus , beliau merupakan seorang penyanyi dan pencipta lagu di Indonesia.Asalnya pun datang dari sana la kan, takkan asal dari London tiba2 fasih cakap bahasa indonesia, pekat pulak tu slang beliau. Nampak benor menipu.

Kalau korang nak taw, Opick ni la pencipta lagu Dealova yang pernah pemes bagai nak rak suatu ketika dulu. Masa tu tak sah aku mandi kat toilet kalau tak nyanyi lagu terbabit.

Namun aku bukanlah tersangat2 minat pada beliau, tapi 199% minat sangat2 pada karya yang beliau hasilkan. Setiap lagu2nya sangat indah dan menusuk kalbu. Tak hairanlah berlambak drama2 Melayu kat negara kita ni yang menjadikan lagu2 Opick sebagai background song, especially bila tiba part2 yang sedih, part yang menginsafkan seperti adegan berdoa sambil menangis di atas tikar sejadah.

Aku dengan yakin boleh mengatakan karya2 Opick ni sahaja sudah cukup melangkaui segenap isu . Lagu yang memuji2 Ketuhanan ini sangat sesuai untuk semua Muslim yang faham lirik Melayu. Meh sini aku nak promot!

(before dat, plez stop my playlist at de bottom of dis blog, so dat tak mengganggu konsentrasi korang masa menghayati lagu opick ni..tq)


Sesuai di saat2 korang terasa seperti jiwa kacau..dan lagu ni insyAllah boleh menenangkan jiwa.


Dengan Mu aku tenang


                                                                    Dengan Mu aku hidup
     


Di saat2 kita merasa kita dah buat kesilapan dalam hidup ni . Dan perlukan petunjuk serta arah untuk kembali ke pangkal jalan. Boleh lah dengar lagu ni:

                                                                           istighfar

                                                                          astaghfirullah


Sesuai di kala student yang tengah study for exam tapi  rasa hati gelap,tertutup susah nak terima ilmu.

Mengikut pemerhatian aku, lagu ALLAH MAHA CAHAYA ni bersesuaian dengan Surah Annur ayat 35 yang wajib dihafal kat skolah dulu, cikgu suruh aku hafal dan banyakkan baca surah ni time nak exam SPM dulu sampailah sekarang dah masuk U. Berkisar tentang Cahaya atas Cahaya surah terbabit.

                                                                   Allah Maha Cahaya

                                                                         Teranglah hati

                                                                    Buka mata Buka hati

Di saat2 kita rasa yang hidup ini sangat2 mengecewakan, rasa macam takde harapan.

InsyaAllah lagu ni akan memujuk2 meyakinkan bahawa Allah masih ada, dan takkan pernah tinggalkan kita. Kawan2 akan tinggalkan kita, tapi Allah sentiasa bersama kita. Lagu ni sesuai time tengah bersedih.

                                                               Tiada duka yang abadi

                                                                          Rapuh

                                                                         Allah ya nur

Sesuai di saat2 kita terasa tamak dan tak pernah bersyukur
Dengarkan lagu ini, semoga kita bersyukur dengan segala nikmat yang Allah kurniakan.

                                                                       Alhamdulillah


Di saat2 kita tak dapat menerima takdir. Sedangkan kita dah taw bahawa Allah tidak akan menguji sesuatu di luar kemampuan kita. Yakinlah, Allah merupakan sebaik2 perancang.


                                                                            Takdir


Dan lagu ini pula mengingatkan kita tentang kematian.


                                                                   Bila waktu telah berakhir


See??...betapa karya2 ini sangat bagus. Ada banyak lagi lagu2 beliau yang tak larat aku nak type kat sini.


Cubalah dengarkan , InsyaAllah hati akan menjadi tenang. Bukankah dengan mengingati Allah maka hati akan menjadi tenang. Dan lagu2 ini asasnya hanya bertemakan Pencipta kita Ya Rabb.

Dalam banyak2 lagu beliau, aku paling suka tahap atok kat lagu astaghfirullah.
Aku percaya yang kita boleh kumpul semangat melalui lagu2 yang kita dengar. Sebab tu kat enset aku paling banyak pun lagu Opick. Bila tengok drama yang ada lagu opick pun hati aku  berbunga2. Thanks Opick!

Sekian

Wednesday, February 1, 2012

Sehebat Manakah Soft Skills kita?

Assalamualaikum..

Soft Skills ataupun dalam bahasa melayunya adalah kemahiran insaniah. Boleh juga aku takrifkan sendiri sebagai kemahiran lembut.Erkk, boleh ke macam tu?
Kemahiran insaniah ni boleh kita terjemahkan dalam banyak sudut, tapi biasanya tumpuan diberikan pada kemahiran komunikasi la.

Hari ni entah macam mana boleh terdetik hati nak pergi  pasar tani dekat dengan area2 rumah aku ni.
Nama je pasar tani tapi serupa macam pasar malam. Makanan sana sini, cakap je nak apa. Sate, pizza, burger, buah, sayur, roti arab, jagung bakar, tauhu bakar..abu bakar je yang tak de kat pasar ni.
gambar curik kat google

Melihat kepada mereka2 yang berniaga. Alangkah kagumnya aku dengan kebolehan dan soft skill yang diorang ada. Boleh dikatakan semuanya bukanlah berpendidikan tinggi apetah lagi memiliki master mahupun Phd. Namun!
Tanpa ijazah pun, tanpa master pun aku melihat mereka ini tergolong dalam golongan yang hebat2 belaka.

Cuba korang fikir, berapa ramai budak2 yang pegang ijazah, budak2 universiti yang betul2 konpiden boleh bercakap kat depan?
Berapa ramai yang boleh bercakap, dan tak malu bercakap depan orang ramai?


Memanglah dah memang kerja diorang meniaga, terjerit sana terjerit sini.

Sebab tu expert kan.
Tapi, kene tengok jugak. Berapa ramai budak U yang boleh bercakap dengan baik tentang bidang masing2?
Hahaha..aku gelak sendiri. Sebab aku sendiri pun tergagap2 kat depan..kih3

Selaku budak U yang sedang berada dalam final year aku terkadang pun malu dengan diri sendiri sebab still tak dapat jadi presenter yang baik.Mungkin sebab kurangnya soft skill dalam pengucapan dan penerangan. Erkk, kata bakal cikgu?

Dalam kelas je la kut boleh cakap dengan baik. Masa mengajar depan anak murid.


Masa jawab soalan yang mudah2 dari anak murid. Kalau soalan susah yang aku x boleh nak jawab,senang je  
   "jangan buat dulu, saya belum ajar"..kih3

Dan ada jugak part2  yang boleh aku bercakap dengan yakin sambil buat gaya profesor madya.

Bagilah banyak keje belakang tabir yang berlonggok pun aku sanggup, tapi kalau suruh cakap kat depan..aiyak!!

Paling2 pun ada la sekali dua tu aku jadi KF (ketua fasi). Masa tu nak tak nak kene bercakap la atas stage depan 300 orang tak silap aku, tu masa program kat rumah kebajikan kat perlis. Benda kalau tak formal boleh la aku goreng. Tapi kalau bab2 serius memang bercakap dalam hati je la gamaknye.

Teringat lagi masa aku dipaksa berucap secara formal kat depan atas alasan sebagai pengarah projek, memang nak terkucil sangat2.Aku junior lagi kut masa tu, sem 4!..ngeh3


Itu lah aku  kalau kat depan orang ramai, cuba depan member2. Memang nak pecah gegendang telinga diorang dengar suara aku yang ala2 jawa ni. Dari jauh dah boleh dengar.

Ok, yang aku membebel kat atas tu kalau level orang2 biasa yang pada aku luar biasa.
Sekarang ni kita masuk pada level orang2 yang educated pulop.

Aku buat pemerhatian kecil, sedari dalam U ni lagi  memang ramai insan2 bergelar mahasiswa/i yang pandai bercakap dan melontarkan idea. Namun, ada jugak segelintir yang gunakan kelebihan mereka tu untuk menghentam orang lain. Tak kurang jugak yang menggunakan kelebihan diri untuk mempertahankan hak diri sebagai pelajar. Yang ni bagus la.
Tapi terkadang aku juga terfikir yang alhamdulillah ,bersyukur aku tak tergolong dalam golongan yang dianugerahkan dengan kemahiran berkata2 sederas air terjun. Mungkin dengan kekurangan yang aku ada ni so aku tak la terangsang untuk carik pasal dengan orang lain apetah lagi bergaduh mulut. Sebab hidup aku untuk mengumpul kawan bukan untuk mengumpul lawan.

Mereka2 yang pandai berkata2 ni pada aku sangat hebat, tapi tengok jugak la kan  boleh sampai ke dalam hati sanubari ke tak.

Ada orang yang jenis  pandai berkata2, ayat berbunga2 tapi kita tak suka dengar.
Tapi ada jugak orang yang hanya bercakap gunakan ayat2 yang simple tapi kita suka dengar n suka nak ikut.

Kenapa ye tak suka dengar? Prof Dr. Muhaya pernah cakap, mungkin sebab orang yang bercakap tu pun tak buat ape yang dia cakap. Atau pun mungkin sebab orang tu tak bercakap dari hati tapi lahir dari mulut semata2.

kerana HANYA PERKATAAN YANG LAHIR DARI HATI AKAN MUDAH MERESAP KE DALAM HATI ORANG YANG MENDENGAR.

sekian