Followers

Wednesday, February 1, 2012

Sehebat Manakah Soft Skills kita?

Assalamualaikum..

Soft Skills ataupun dalam bahasa melayunya adalah kemahiran insaniah. Boleh juga aku takrifkan sendiri sebagai kemahiran lembut.Erkk, boleh ke macam tu?
Kemahiran insaniah ni boleh kita terjemahkan dalam banyak sudut, tapi biasanya tumpuan diberikan pada kemahiran komunikasi la.

Hari ni entah macam mana boleh terdetik hati nak pergi  pasar tani dekat dengan area2 rumah aku ni.
Nama je pasar tani tapi serupa macam pasar malam. Makanan sana sini, cakap je nak apa. Sate, pizza, burger, buah, sayur, roti arab, jagung bakar, tauhu bakar..abu bakar je yang tak de kat pasar ni.
gambar curik kat google

Melihat kepada mereka2 yang berniaga. Alangkah kagumnya aku dengan kebolehan dan soft skill yang diorang ada. Boleh dikatakan semuanya bukanlah berpendidikan tinggi apetah lagi memiliki master mahupun Phd. Namun!
Tanpa ijazah pun, tanpa master pun aku melihat mereka ini tergolong dalam golongan yang hebat2 belaka.

Cuba korang fikir, berapa ramai budak2 yang pegang ijazah, budak2 universiti yang betul2 konpiden boleh bercakap kat depan?
Berapa ramai yang boleh bercakap, dan tak malu bercakap depan orang ramai?


Memanglah dah memang kerja diorang meniaga, terjerit sana terjerit sini.

Sebab tu expert kan.
Tapi, kene tengok jugak. Berapa ramai budak U yang boleh bercakap dengan baik tentang bidang masing2?
Hahaha..aku gelak sendiri. Sebab aku sendiri pun tergagap2 kat depan..kih3

Selaku budak U yang sedang berada dalam final year aku terkadang pun malu dengan diri sendiri sebab still tak dapat jadi presenter yang baik.Mungkin sebab kurangnya soft skill dalam pengucapan dan penerangan. Erkk, kata bakal cikgu?

Dalam kelas je la kut boleh cakap dengan baik. Masa mengajar depan anak murid.


Masa jawab soalan yang mudah2 dari anak murid. Kalau soalan susah yang aku x boleh nak jawab,senang je  
   "jangan buat dulu, saya belum ajar"..kih3

Dan ada jugak part2  yang boleh aku bercakap dengan yakin sambil buat gaya profesor madya.

Bagilah banyak keje belakang tabir yang berlonggok pun aku sanggup, tapi kalau suruh cakap kat depan..aiyak!!

Paling2 pun ada la sekali dua tu aku jadi KF (ketua fasi). Masa tu nak tak nak kene bercakap la atas stage depan 300 orang tak silap aku, tu masa program kat rumah kebajikan kat perlis. Benda kalau tak formal boleh la aku goreng. Tapi kalau bab2 serius memang bercakap dalam hati je la gamaknye.

Teringat lagi masa aku dipaksa berucap secara formal kat depan atas alasan sebagai pengarah projek, memang nak terkucil sangat2.Aku junior lagi kut masa tu, sem 4!..ngeh3


Itu lah aku  kalau kat depan orang ramai, cuba depan member2. Memang nak pecah gegendang telinga diorang dengar suara aku yang ala2 jawa ni. Dari jauh dah boleh dengar.

Ok, yang aku membebel kat atas tu kalau level orang2 biasa yang pada aku luar biasa.
Sekarang ni kita masuk pada level orang2 yang educated pulop.

Aku buat pemerhatian kecil, sedari dalam U ni lagi  memang ramai insan2 bergelar mahasiswa/i yang pandai bercakap dan melontarkan idea. Namun, ada jugak segelintir yang gunakan kelebihan mereka tu untuk menghentam orang lain. Tak kurang jugak yang menggunakan kelebihan diri untuk mempertahankan hak diri sebagai pelajar. Yang ni bagus la.
Tapi terkadang aku juga terfikir yang alhamdulillah ,bersyukur aku tak tergolong dalam golongan yang dianugerahkan dengan kemahiran berkata2 sederas air terjun. Mungkin dengan kekurangan yang aku ada ni so aku tak la terangsang untuk carik pasal dengan orang lain apetah lagi bergaduh mulut. Sebab hidup aku untuk mengumpul kawan bukan untuk mengumpul lawan.

Mereka2 yang pandai berkata2 ni pada aku sangat hebat, tapi tengok jugak la kan  boleh sampai ke dalam hati sanubari ke tak.

Ada orang yang jenis  pandai berkata2, ayat berbunga2 tapi kita tak suka dengar.
Tapi ada jugak orang yang hanya bercakap gunakan ayat2 yang simple tapi kita suka dengar n suka nak ikut.

Kenapa ye tak suka dengar? Prof Dr. Muhaya pernah cakap, mungkin sebab orang yang bercakap tu pun tak buat ape yang dia cakap. Atau pun mungkin sebab orang tu tak bercakap dari hati tapi lahir dari mulut semata2.

kerana HANYA PERKATAAN YANG LAHIR DARI HATI AKAN MUDAH MERESAP KE DALAM HATI ORANG YANG MENDENGAR.

sekian

5 comments:

  1. saya pon mcm tu jugak. time nak present je mesti kelam kabut. tapi time present, muka konfiden gila. hati cuak jer...

    apa2 pon, good luck cikgu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah!..luar konfiden abis..kat dalam, Tuhan je taw..


      tq2...erk, bakal cikgu je..hehe

      Delete